Soalan KBKK “Di Sisi Rinda”

Jumari Jipan seorang kelasi kapal Inggeris memelihara Deliah @ Nen yang kematian seluruh keluarga akibat serangan bom tentera Jepun. Trauma yang dialami menyebabkan Deliah tidak mahu kembali ke rumahnya kerana bimbang akan keselamatan dirinya.Teman setia Deliah ialah Rinda, seekor kucing Siam yang diihadiahkan oleh Jumari Jipan kepadanya. Deliah sebaliknya mengikut Jumari Jipan ke tempat kerjanya di bili enjin sebah bot. Jumari dengan rasa berat hati membawa Deliah kerana Deliah sudah menjadi anak yatim walaupun dia menyedari tindakannya boleh mengudang bahaya. Deliah memiliki satu keistimewaan iaitu petah berkata-kata tetapi sering bercakap sendirian. Jumari Jipan merupakan rakan baik Tuk Ripin (datuk kepada Deliah) dan mereka saling bersaing dalam arena persilatan. Bimbang terhadap keselamatan Deliah dan dirinya, Jumari membawa Deliah pulang ke kampung dan sempat melihat khemah tentera rejimen Melayu yang sudah dikosongkan. Di sebalik timbunan buyung, Jumari Jipan menemui sebilah keris pusaka. Deliah lantas teringat akan keris pusaka datuknya yang sering dilihat dalam mimpinya. Jumari Jipan secara tiba-tiba dikejutkan oleh kehadiran tentera Jepun yang mencari kucing Siamnya tetapi bersedia untuk menghunus keris tersebut jika keadaan semakin terdesak. Jumari secara senyap mengarahkan Deliah lari menyelamatkan diri bersembunyi dalam sebuah bot di jeti. Tembakan tentera Jepun secara bertalu-talu sebaliknya mengenai rakan mereka sendiri. Menurut Jumari Jipan, dia, Deliah dan Rinda akhirnya berjaya menyelamatkan diri berkat kesaktian keris tersebut. Jumari Jipan kemudiannya terkejut apabila keris tersebut tiba-tiba ghaib dari pandangan mata mereka.
Soalan KBKK

1. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan bagi membantu anak yatim seperti Deliah ?

Jawaban : Skop mesti berbeza

1. Mengambil anak yatim sebagai anak angkat.
2. Memberi bantuan kewangan, contoh biasiswa secara tetap setiap bulan.
3. Menyediakan tempat perlindungan untuk menjaga kebajikan mereka, contoh : Rumah Anak Yatim
4. Memberi bimbingan akademik, contoh tuisyen.
5. Berbincang dengan badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan untuk menjalankan program kemasyarakatan
secara berkala.
6. Menyediakan kaunselor untuk menyelesaikan masalah peribadi dan akademik mereka.

2. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat masih kuat mempercayai mitos ?

1. Mitos sudah berakar umbi sebagai satu cabang budaya masyarakat.
2. Tidak mendapat pendidikan moden yang sewajarnya.
3. Terdapat pihak tertentu mengambil kesempatan untuk kepentingan. faedah peribadi.
4. Mitos kadang kala memperlihatkan kebenaran menyebabkan masyarakat mudah percaya.
5. Sikap masyarakat yang tidak mahu berusaha gigih untuk mencapai suatu matlamat.

3. Pada pendapat anda wajarkah Jumari Jipan membawa Deliah ke tempat dia bekerja.

Wajar kerana :
1. Bimbang akan keselamatan Deliah
2. Ingin mengambil hati Deliah/ memujuknya supaya tidak bersedih akibat kehilangan
3. Memudahkannya bertindak jika keselamatan Deliah terancam
4. Deliah boleh menjadi teman berbual Jumari Jipan

Tidak wajar kerana :
1. Bot tersebut terdedah kepada serangan tentera Jepun.
2. Keadaan bilik enjin yang sempit dan panas tidak sesuai kepada kanak-kanak seperti Deliah
3. Kehadiran Deliah menganggu tugas Jumari

original article at http://galusbm.blogspot.com/2008/11/al-kisah-di-sisi-rinda.html

Leave a Reply